Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Juwai IQI jangka BNM kekalkan OPR pada 2.75 peratus
  • BISNES

Juwai IQI jangka BNM kekalkan OPR pada 2.75 peratus

Utusan Sarawak 4 hours ago
Juwai IQI Foto Kashif Ansari

KUALA LUMPUR: Kumpulan teknologi hartanah antarabangsa, Juwai IQI menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus, memilih kestabilan berdasarkan ekonomi Malaysia yang terus mencatatkan prestasi kukuh.

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kashif Ansari berkata kadar faedah yang stabil akan membantu mengekalkan keyakinan terhadap pasaran hartanah.

“Malaysia berada pada kedudukan yang amat kukuh. Pertumbuhan dijangka pada 4.5 peratus tahun ini manakala inflasi kekal rendah, memberi ruang kepada penggubal dasar untuk tidak tergesa-gesa membuat perubahan walaupun berdepan ketidaktentuan global,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kashif berkata urus niaga yang stabil berterusan di Greater Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang, dengan pemaju tidak membina secara berlebihan dan tiada petunjuk lebihan penawaran serta pasaran berada dalam keadaan terkawal.

Beliau juga berkata kadar kelulusan pinjaman kekal baik manakala pertumbuhan hutang isi rumah perlahan berbanding awal tahun 2020-an.

“BNM dijangka memberi tumpuan kepada inflasi domestik dan petunjuk pertumbuhan pada minggu ini berbanding peristiwa global.

“Berdasarkan keadaan tarif yang tidak menentu dan ketidaktentuan luaran lain, saya percaya bank pusat akan memberi keutamaan kepada mengekalkan kestabilan kadar faedah,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka rendah seiring penurunan Wall Street semalaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.