Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Justin teruja sertai latihan di Denmark
  • SUKAN

Justin teruja sertai latihan di Denmark

Utusan Sarawak 3 hours ago

KUALA LUMPUR:  Pemain perseorangan lelaki negara Justin Hoh bakal merasai ‘kelazatan’ sebenar badminton Denmark apabila berangkat ke Copenhagen buat kali pertama untuk menjalani latihan bersama antara pemain terbaik dunia di sana.

Baru sahaja menamatkan kempen Terbuka Macau 2025 selaku naib juara, Justin berkata latihan kali ini merupakan pengalaman pertamanya beraksi dalam suasana latihan yang berbeza dan mahu memanfaatkannya sepenuhnya.

Menurut pemain berusia 21 tahun itu, antara perkara utama yang ingin dipelajari ialah disiplin tinggi yang menjadi kunci kekuatan pemain Denmark.

“Saya rasa perlu belajar disiplin mereka, sama ada di dalam atau di luar gelanggang,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di sini, hari ini.

Ahad lepas, impian anak kelahiran Kuala Lumpur itu untuk meraih gelaran sulung Siri Jelajah Dunia BWF Super 300 tidak kesampaian selepas tewas kepada pemain Indonesia, Alwi Farhan, 21-15, 21-5.

Bulan lepas, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan skuad perseorangan negara akan menjalani kem latihan selama lima hari bersama skuad kebangsaan Denmark di Copenhagen bermula 18 hingga 22 Ogos, sebagai persiapan akhir menghadapi Kejohanan Dunia 2025 di Paris dari 25 hingga 31 Ogos.

Selain Justin, kem latihan itu turut disertai Leong Jun Hao (perseorangan lelaki) dan K. Letshanaa (perseorangan wanita) yang masing-masing akan beraksi di Paris.

Justin turut lega dapat menamatkan kemarau prestasi dengan mara ke final di Macau, meskipun musim ini tidak begitu menyerlah.

Meskipun naik lapan anak tangga ke ranking ke-37 dunia, Justin mahu mengekalkan momentum bagi mencapai misi peribadi menembusi kelompok 32 terbaik dunia hujung tahun ini.– Bernama

Continue Reading

Previous: Kejohanan Badminton Dunia 2025: Aaron impi pertembungan rakan senegara di Paris

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.