Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Juruterbang maut selepas jet pejuang F-16 Turkiye terhempas di Balikesir
  • GLOBAL

Juruterbang maut selepas jet pejuang F-16 Turkiye terhempas di Balikesir

Utusan Sarawak 6 hours ago
Foto AGENSI

WASHINGTON: Sebuah jet pejuang F-16 milik Turkiye terhempas di wilayah Balikesir, barat negara itu pada awal Rabu, mengorbankan seorang juruterbang, menurut Kementerian Pertahanan seperti dilaporkan Anadolu Ajansi.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan memaklumkan hubungan radio dan maklumat penjejakan dengan pesawat berkenaan terputus selepas ia berlepas dari Markas Pemerintahan Pangkalan Jet Utama Ke-9 di Balikesir pada 12.56 tengah malam waktu tempatan (2156 GMT Selasa).

Menurut kementerian itu, operasi mencari dan menyelamat segera dilancarkan dan bangkai pesawat kemudiannya berjaya ditemukan.

“Juruterbang kami terkorban. Punca nahas akan ditentukan selepas siasatan oleh pasukan pemeriksaan nahas dijalankan,” menurut kementerian itu sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga juruterbang.

Gabenor Balikesir Ismail Ustaoglu turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga juruterbang.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: 62 maut dalam keganasan selepas raja dadah “El Mencho” terbunuh di Mexico
Next: Sekurang-kurangnya 20 maut akibat hujan lebat di tenggara Brazil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.