Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Juruterbang maut dalam nahas pesawat ringan di Selatan California
  • GLOBAL

Juruterbang maut dalam nahas pesawat ringan di Selatan California

Utusan Sarawak 2 weeks ago
GAMBAR hiasan.

LOS ANGELES: Seorang juruterbang maut apabila sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan perumahan di Selatan California hari ini, lapor Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.

Menurut stesen KABC-TV, nahas berlaku sekitar 1.51 petang waktu tempatan (2051 GMT) berhampiran blok 200, High Meadow Street di Simi Valley, kira-kira 64 kilometer barat laut pusat bandar Los Angeles.

Pesawat itu melanggar dua struktur bangunan dan mengakibatkan kebakaran.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat memaklumkan bahawa juruterbang terbabit merupakan satu-satunya individu dalam pesawat berkenaan dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan di kawasan sekitar. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 14 kanak-kanak ditahan selepas remaja maut dalam kebakaran
Next: Brunei jadi tuan rumah mesyuarat ASEAN mengenai maklumat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.