Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Jururawat rugi lebih RM634,000 ditipu pelaburan tidak wujud
  • JENAYAH

Jururawat rugi lebih RM634,000 ditipu pelaburan tidak wujud

Utusan Sarawak 23 hours ago

KUANTAN: Seorang jururawat kerugian lebih RM634,000 selepas terperdaya skim pelaburan tidak wujud, Mei lepas. 

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 39 tahun itu mendakwa mengenali suspek yang menawarkan peluang pekerjaan di luar negara menerusi aplikasi WhatsApp. 

Suspek kemudian memujuk mangsa melabur dalam skim menjanjikan pulangan 10 peratus daripada modal dilaburkan.

“Mangsa diminta membuat pelaburan melalui pautan laman web palsu diberikan suspek. Wanita itu melakukan pemindahan wang secara berperingkat ke 10 akaun bank dari 24 Mei hingga 29 Jun menggunakan wang simpanan dan pinjaman bank,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata mangsa menyedari ditipu selepas gagal mengakses pautan platform pelaburan itu dan tidak menerima sebarang pulangan. 

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. — Bernama

Continue Reading

Previous: Jabatan Pertanian Sarawak nafi terlibat dalam permintaan bayaran atau maklumat peribadi
Next: Man in Bintulu scammed of RM600,000 in fake investment

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.