Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jurulatih meninggal dunia selepas rebah semasa perlawanan di Serbia
  • SUKAN

Jurulatih meninggal dunia selepas rebah semasa perlawanan di Serbia

Utusan Sarawak 5 hours ago
JURULATIH FK Radnicki 1923, Mladen Žižović (1980–2025), meninggal dunia selepas rebah ketika perlawanan Liga Super Serbia.

LONDON: Jurulatih dari Bosnia, Mladen Zizovic, meninggal dunia selepas rebah ketika perlawanan Liga Super Serbia, lapor PA Media/dpa.

Zizovic, 44, yang merupakan Ketua Jurulatih FK Radnicki 1923, menerima rawatan perubatan pada pertengahan babak pertama perlawanan menentang Mladost Lucani sebelum dikejarkan ke hospital.

Perlawanan itu disambung semula tetapi kemudian tidak diteruskan  selepas berita kematian Zizovic yang baru dilantik sebagai Pengurus Radnicki  pada 23 Okt lepas,  disahkan. Rakaman di media sosial menunjukkan pemain-pemain menangis di padang.

Persatuan Bola Sepak Serbia dalam kenyataan di platform X berkata: “Pemergian beliau merupakan kehilangan besar buat seluruh komuniti bola sepak.

“Persatuan Bola Sepak Serbia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Zizovic, warga FK Radnicki 1923 serta semua rakan dan peminat yang menghargai keperibadian serta sumbangannya. Bersemadilah dengan tenang, Mladen. Cinta anda terhadap bola sepak dan jasa yang ditinggalkan akan kami kenang selamanya.”- Bernama-PA Media/dpa

Continue Reading

Previous: Diaz, wira tapi punca Hakimi menangis ketika Bayern tundukkan PSG
Next: Van Dijk gesa Liverpool bertenang, bina kekuatan pertahanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.