Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jurulatih berpengalaman Raja Isa terajui Pasukan Limbang FA
  • SUKAN

Jurulatih berpengalaman Raja Isa terajui Pasukan Limbang FA

Utusan Sarawak 4 weeks ago
PENGARAH TEKNIKAL…Raja Isa Raja Akram Shah dilantik Pengarah Teknikal Pasukan Limbang FA, hadapi saingan Liga Premier Sarawak 2025.

LIMBANG: Jurulatih berpengalaman, Raja Isa Raja Akram Shah dilantik sebagai Pengarah Teknikal Pasukan Limbang FA bagi menghadapi saingan Liga Premier Sarawak 2025.

Beliau yang berpengalaman melatih lapan kelab di Indonesia, dipilih pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Bahagian Limbang (LFA) untuk membawa cabaran mengendalikan pasukan Limbang FA, di saingan Liga Premier Sarawak 2025.

Timbalan Presiden LFA, Frederick Lalung berkata perlantikan itu tepat pada masanya sejajar dengan pengalaman yang dimiliki beliau dalam mengendali kelab bola sepak terkemuka di negara ini.

“Pelantikan ini diharap dapat memberikan satu anjakan kepada LFA kerana ini pertama kalinya lantikan seperti ini dilakukan.

“Kita juga berterima kasih kepada beliau kerana bersedia untuk menabur bakti di bumi Limbang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Raja Isa yang pernah berkelana di Bangladesh dan jurulatih berusia 59 tahun itu turut menunjukkan komitmen tinggi untuk mengemudi Pasukan Limbang FA  sekali gus menaikkan kualiti bola sepak di bahagian Limbang.

“Bagi saya ini adalah satu bentuk kepercayaan yang besar buat saya dari pihak pengurusan tertinggi LFA untuk  memastikan Pasukan Limbang FA mencipta kejutan dalam liga itu kelak,” katanya kepada media.

Sebelum ini, Raja Isa melakar sejarah peribadi bergelar jurulatih pertama Malaysia memenangi piala di Brunei Darussalam apabila membawa cabaran Indera SC dalam final Piala FA Brunei Mei lepas.

Raja Isa juga terlibat secara tidak langsung bersama pasukan Limbang FA U18 yang menyertai Liga Lela Cheteria di Negara Brunei Darussalam.

Terdahulu, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) memperkenalkan Liga Premier Sarawak dengan matlamat untuk memeriahkan bola sepak peringkat akar umbi di negeri ini.

Liga Premier Sarawak itu akan disertai 12 bahagian di negeri ini iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Mukah, Miri, Limbang dan Serian.

Liga berkenaan dijangka bermula September ini dan berlangsung sehingga November.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sukan bukan sekadar menang, tapi bentuk sahsiah murid
Next: Penyerang Liverpool, Nunez sertai Al-Hilal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.