Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jurulatih Austria Rangnick mahu kejutkan Argentina di sebalik faktor Messi
  • SUKAN

Jurulatih Austria Rangnick mahu kejutkan Argentina di sebalik faktor Messi

Utusan Sarawak 5 hours ago
JURULATIH Austria Ralf Rangnick. Foto agensi.

DALLAS: Jurulatih Austria Ralf Rangnick mengakui pasukannya bukan pilihan apabila menentang juara bertahan Argentina dan akan beraksi ‘menentang segala kemungkinan’ apabila berdepan pasukan Amerika Selatan itu pada Piala Dunia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Bagaimanapun, Austria berharap dapat memanfaatkan kekuatan berpasukan bagi mengekang pemain luar biasa Lionel Messi dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan yang berlangsung pada Isnin.

“Dan sudah tentu dengan kehadiran Messi, mereka mungkin memiliki pemain terbaik yang pernah dilahirkan, dan kami perlu membuktikan bahawa kami adalah antara pasukan terbaik di Piala Dunia ini,” kata Rangnick pada sidang media semalam.

Untuk mencipta kejutan, Austria mungkin memerlukan prestasi terbaik yang pernah kami tunjukkan setakat ini sepanjang tempoh saya mengendalikan pasukan.

Namun, Rangnick percaya keputusan seri, malah kemenangan adalah sesuatu yang boleh dicapai.

“Kerana kita masih bercakap mengenai sukan berpasukan, dan kami mempunyai peluang untuk mempengaruhi keputusan menerusi prestasi sendiri, strategi serta corak permainan kami, digabungkan dengan tenaga dan keberanian yang diperlukan untuk mengubah keadaan permainan supaya memihak kepada kami. Itulah yang akan menjadi penentu,” katanya.

Austria dan Argentina masing-masing memenangi perlawanan pembukaan mereka.

Argentina mendahului kedudukan Kumpulan J di hadapan Austria menerusi perbezaan jaringan. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Bandar kecil di Argentina dirikan patung gergasi Lionel Messi
Next: Jurulatih veteran Le Roy dilantik pengendali baharu Congo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.