Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Jurukimpal dipenjara 25 tahun, 20 sebatan
  • NASIONAL

Jurukimpal dipenjara 25 tahun, 20 sebatan

Utusan Sarawak 4 years ago

TEMERLOH, 26 Julai -- Jurukimpal (tengah), diiringi anggota polis, ketika keluar dari Mahkamah Sesyen Temerloh hari ini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan merogol kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 12 tahun. Tertuduh yang berusia 27 tahun dijatuhi hukuman penjara 25 tahun dan 20 kali sebatan atas kesalahan tersebut. Mangsa merupakan anak saudara kepada isteri tertuduh. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

BERSALAH… Jurukimpal (tengah), diiringi anggota polis, ketika keluar dari Mahkamah Sesyen Temerloh semalam selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan merogol kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 12 tahun. •Foto BERNAMA

TEMERLOH: Seorang jurukimpal dihukum penjara 25 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana merogol kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 12 tahun.

Hakim Manira Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 27 tahun mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan merogol mangsa yang merupakan anak saudara kepada isterinya.

Manira menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 21 Julai lepas, manakala penjara 15 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan kedua yang akan berjalan selepas selesai hukuman pertama. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Karak di sini antara 11.00 pagi dan 12.00 tengah hari sekitar pertengahan Jun lepas dan pada 11.00 pagi 19 Julai lepas. 

Pertuduhan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman sebat yang lebih supaya hukuman penjara dapat dikurangkan atas alasan dia mempunyai seorang anak kecil. 

Timbalan Pendakwa Raya Ain Fadilah Md Ali memohon mahkamah mempertimbangkan faktor tertuduh telah melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap seorang OKU pembelajaran yang dijaga isterinya sejak mangsa masih bayi. 

Katanya, perbuatan tertuduh terbongkar selepas mangsa mengadu kepada neneknya.

— Bernama 

Continue Reading

Previous: Rais Yatim dilantik pengerusi baharu JKMR
Next: Agong dukacita kerajaan batal Ordinan Darurat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.