Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jurugambar rakan strategik promosi Sarawak di peringkat antarabangsa
  • TEMPATAN

Jurugambar rakan strategik promosi Sarawak di peringkat antarabangsa

Utusan Sarawak 5 hours ago
MENTERI Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berucap pada Bengkel Fotografi Serantau 2026 sempena AGM Ke-14 UAPPA dan Mesyuarat Eksekutif Persatuan Fotografi Komersial Malaysia di Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa

KUCHING: Sarawak melihat komuniti jurugambar profesional sebagai rakan strategik penting dalam memperkukuh promosi pelancongan negeri di peringkat antarabangsa, khususnya melalui penghasilan imej yang autentik, berkualiti dan beretika.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, fotografi kini bukan sekadar seni merakam gambar, sebaliknya memainkan peranan besar dalam membentuk persepsi global terhadap destinasi pelancongan.

“Keputusan pelancong untuk mengunjungi sesebuah destinasi lazimnya bermula dengan paparan visual.

“Melalui gambar, orang ramai dapat melihat keindahan tempat, makanan, budaya dan pengalaman yang ditawarkan. Sebab itu fotografi sangat penting dalam industri pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Fotografi Serantau 2026 sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-14 Persatuan Fotografi Profesional Asia Bersatu (UAPPA) serta Mesyuarat Eksekutif Persekutuan Persatuan Fotografi Komersial Malaysia, di sini, hari ini.

Abdul Karim menambah, Sarawak memiliki pelbagai aset pelancongan bertaraf dunia termasuk hutan hujan tropika tertua, biodiversiti yang kaya, sungai, gua, taman negara, warisan budaya serta kepelbagaian etnik.

“Semua ini merupakan produk pelancongan yang boleh diketengahkan melalui fotografi. Apabila dipaparkan, ia mampu menarik minat pelawat untuk datang dan merasai sendiri pengalaman di Sarawak,” jelasnya.

 DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merasmikan Bengkel Fotografi Serantau 2026 di Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa

Beliau berkata, jurugambar dan persatuan fotografi merupakan rakan penting dalam pembangunan industri pelancongan kerana mampu mengetengahkan Sarawak melalui imej yang menarik, autentik dan bernilai.

“Fotografi juga membantu memperkenalkan destinasi terkenal serta kawasan luar bandar yang kurang dikenali kepada dunia,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau menekankan peranan fotografi dalam menyokong pelancongan berasaskan komuniti melalui dokumentasi budaya, kraftangan, makanan tradisional, festival serta kehidupan luar bandar.

Jelasnya, usaha itu memberi manfaat kepada pengusaha inap desa, pemandu pelancong, pengusaha pengangkutan, artisan, pengeluar makanan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Abdul Karim turut mengingatkan penggiat fotografi supaya mengamalkan etika profesional dengan menghormati budaya setempat, mendapatkan keizinan sebelum merakam amalan sensitif serta menjaga kelestarian alam sekitar.

Beliau juga menyatakan bahawa Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan bersedia bekerjasama dengan persatuan fotografi, termasuk penganjuran ekspedisi fotografi berkumpulan ke destinasi terpilih bagi menghasilkan bahan promosi pelancongan.

Katanya, setiap imej yang dikongsi ke peringkat antarabangsa mampu menjadi “jemputan visual” kepada pelancong untuk datang ke Sarawak, sekali gus memperkukuh jenama pelancongan negeri serta menyokong ekonomi komuniti setempat.

Oleh Adele Rissa 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Peru berdepan krisis cuaca, darurat diisytihar di 796 daerah
Next: 53 tukun tiruan di Sematan, Igan perkukuh ekosistem Marin Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.