Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jurugambar Bernama Sarawak Razali Nordin meninggal dunia
  • TEMPATAN

Jurugambar Bernama Sarawak Razali Nordin meninggal dunia

Utusan Sarawak 5 hours ago
JURUGAMBAR Bernama Sarawak, Allahyarham Razali Nordin, meninggal dunia pada usia 54 tahun awal pagi tadi. Foto Bernama

KUCHING: Jurugambar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Biro Sarawak, Razali Nordin meninggal dunia pada usia 54 tahun di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 1.44 pagi tadi.

Allahyarham yang berasal dari Batu Gajah, Perak dikenali sebagai seorang yang berdedikasi serta komited dalam melaksanakan tugas sepanjang tempoh tiga dekad perkhidmatannya di Bernama.

Beliau memulakan kerjaya di ibu pejabat Bernama pada 1996 sebelum bertugas di Biro Sarawak pada 2002, Biro Selangor pada 2004 dan kembali ke ibu pejabat pada 2009 sebelum ditempatkan semula di Biro Sarawak pada 2011 sehingga kini.

Difahamkan beliau menghidap beberapa penyakit kronik termasuk masalah jantung, hati dan buah pinggang.

Keadaan kesihatannya mula merosot sejak Ramadan lalu sehingga beliau terlantar di kediamannya di Taman Sukma, Petra Jaya sebelum dimasukkan ke HUS untuk rawatan lanjut.

Allahyarham sebelum ini juga pernah menerima sumbangan menerusi Tabung Kasih@HAWANA sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikan terhadap pengamal media di bawah Kementerian Komunikasi.

Sepanjang berkhidmat di Bernama, beliau banyak menyumbang kepada kelancaran operasi di biro Sarawak dan disenangi rakan sekerja kerana sikapnya yang peramah serta mudah bekerjasama.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Ratnawaty Abdul Hai, serta empat anak.

Menurut Ratnawaty, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Gita dekat sini untuk urusan solat jenazah dan pengebumian.- Bernama

Continue Reading

Previous: Sumbangan Bank Makanan Siswa bantu ringankan beban pelajar PMU
Next: Had umur 16 tahun instrumen penting kurangkan eksploitasi media sosial golongan rentan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.