Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Juru kimpal dipenjara 11 tahun, empat sebatan rogol anak saudara sendiri
  • MAHKAMAH

Juru kimpal dipenjara 11 tahun, empat sebatan rogol anak saudara sendiri

Utusan Sarawak 16 hours ago
 PENJARA….Kieu dibawa keluar dari lokap mahkamah setelah dijatuhi hukuman atas kesalahan merogol anak saudara sendiri sehingga mengandung. 

SIBU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun berserta empat kali sebatan terhadap seorang juru kimpal atas pertuduhan merogol anak saudara sendiri sehingga mengandung.

Hakim Musyiri Peet menjatuhkan hukuman itu setelah menerima pengakuan bersalah tertuduh, Kieu Chung Kee, 46, turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh sabit kesalahan hari ini.

Tertuduh didakwa merogol anak saudaranya yang berusia 19 tahun sehingga mengandung enam bulan di sebuah rumah di Lorong Payung 3 pada bulan Mei 2025, sekitar 8.00 malam hingga 1.00 pagi.

Sehubungan itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan hendaklah dipenjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan juga sebatan.

Mengikut fakta kes, pada 24 Oktober 2025, sekitar 1.00 pagi, pengadu yang juga ayah mangsa dimaklumkan oleh pihak hospital yang mangsa telah mengandung enam bulan.

Pengadu kemudian bertanya kepada mangsa mengenai perkara itu sebelum mangsa mengaku ada melakukan hubungan seks beberapa kali tanpa kerelaan dengan tertuduh.

Tertuduh kemudian ditahan pada hari yang sama, sekitar 8.00 malam bagi membantu siasatan.

Tertuduh dalam rayuannya memohon dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun, selain memberitahu mahu bertanggungjawab kepada mangsa dan bayi yang dilahirkan nanti.

Sementara Timbalan Pendakwa Raya Cynthia Emmelda Jerry memohon hukuman setimpal dijatuhkan terhadap tertuduh memandangkan mangsa dalam kes ini adalah anak saudara kepada tertuduh sendiri.  

“Mangsa telah dipaksa menjadi mangsa tertuduh bagi memuaskan nafsunya sehingga mengandung 26 minggu.

“Ini akan menyebabkan trauma yang panjang serta tidak akan dilupakan oleh mangsa sepanjang hidupnya.

“Perbuatan keji ini juga tidak hanya memberi kesan kepada mangsa malah kepada keluarga mangsa, lebih-lebih lagi tertuduh adalah ayah saudara mangsa,” katanya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Ayah tiri dijatuhi 104 tahun penjara, 18 sebatan kes rogol dua anak tiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.