Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Jurang GPK SPM calon bandar, luar bandar terus mengecil
  • PENDIDIKAN

Jurang GPK SPM calon bandar, luar bandar terus mengecil

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Dr Mohd Azam Ahmad (kanan), ketika ditemu bual dalam Ruang Bicara. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Jurang Gred Purata Kebangsaan (GPK) bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antara calon bandar dan luar bandar yang kian mengecil seperti ditunjukkan dalam keputusan SPM 2025 membuktikan kejayaan inisiatif pendemokrasian pendidikan negara.

Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata GPK calon di bandar ialah 4.40 pada 2025 berbanding 4.47 pada 2024 manakala GPK calon luar bandar pula 4.81 pada 2025 berbanding 4.95 pada 2024.

Beliau berkata pengecilan jurang itu juga adalah hasil komitmen Kementerian Pendidikan (KPM) dalam menyamaratakan akses pendidikan termasuk langkah menyelenggara sekolah daif dan penempatan guru secara saksama di seluruh negara.

Mohd Azam berkata hasil daripada usaha itu dapat dilihat apabila 19 sekolah di kawasan pedalaman Sarawak turut melakar kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM kali ini.

“Usaha yang telah kita laksanakan selama ini, jurang itu kini pada 0.41 mata sahaja, tak ada pun sampai satu mata perbezaan… jadi ia amat kecil antara bandar dengan luar bandar. 

“Ini melambangkan usaha kita dalam menyamaratakan pencapaian anak-anak kita di bandar ataupun luar bandar,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama TV di sini semalam. 

Sementara itu, Mohd Azam berkata pencapaian calon SPM Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney pada SPM 2025 membanggakan apabila kesemua calon yang menduduki peperiksaan berkenaan di sekolah mencapai kelulusan 100 peratus.

Menyentuh pencapaian calon Orang Asli, beliau berkata sebanyak 1,769 calon layak dianugerahkan sijil merangkumi 609 gred lulus, 133 meraih gred kepujian dan lima calon cemerlang semua A, selain seorang calon dari Sekolah Henry Gurney turut merekodkan keputusan semua A.

Pada Selasa lepas, keputusan peperiksaan SPM 2025 yang diumumkan mencatatkan pencapaian terbaik dengan GPK 4.42 berbanding 4.49 pada 2024.

Mohd Azam berkata sebanyak 366,435 calon atau 94.29 peratus layak diberikan sijil SPM pada 2025 berbanding 355,933 calon pada 2024. 

Menurut beliau, analisis keputusan SPM 2025 menunjukkan pencapaian calon yang memberangsangkan, sekali gus mencerminkan keberkesanan usaha berterusan Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan akses pendidikan yang inklusif dan berkualiti dalam menyokong aspirasi Malaysia MADANI. – Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Komitmen pelbagai pihak penting untuk menyokong pembangunan sekolah menengah persendirian Cina
Next: SMK Song No.2 catat keputusan cemerlang SPM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.