Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jun Hao siap sedia berdepan Zii Jia di Terbuka Hong Kong
  • SUKAN

Jun Hao siap sedia berdepan Zii Jia di Terbuka Hong Kong

Utusan Sarawak 1 month ago

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao bersedia menghadapi cabaran getir menentang rakan senegara, Lee Zii Jia pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2025 yang bermula Selasa depan.

Meskipun Zii Jia baharu sahaja kembali selepas berehat panjang akibat kecederaan, Jun Hao tidak menganggap ia sebagai kelebihan besar buat dirinya.

“Ia satu cabaran buat saya kerana kita semua tahu bukan mudah untuk menewaskan Zii Jia. Dia baru kembali beraksi pada Kejohanan Dunia di Paris dan dalam kejohanan seperti ini (Terbuka Hong Kong) apa sahaja boleh berlaku,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jun Hao yang kini berada di ranking ke-23 dunia diundi menentang Zii Jia yang menghuni kedudukan ke-47, dengan perlawanan itu bakal menjadi pertemuan pertama mereka sejak Terbuka Artik 2023.

Mengulas lanjut, Jun Hao menegaskan status sebagai rakan senegara yang pernah berlatih bersama tidak akan mempengaruhi semangat persaingan di gelanggang.

“Lawan tetap lawan, tidak kira sama ada saya pernah berlatih dengannya atau tidak. Kami berdua pasti akan memberikan yang terbaik. Segalanya bergantung kepada strategi di atas gelanggang,” katanya.

Zii Jia memenangi ketiga-tiga pertemuan sebelum ini, sekali gus menjadikan aksi kali ini peluang penting buat Jun Hao untuk memburu kemenangan sulung ke atas pemain profesional itu.– Bernama

Continue Reading

Previous: Maghribi pasukan pertama Afrika layak ke Piala Dunia 2026
Next: Jojo tebus kekecewaan, tewaskan petarung Maghribi menerusi TKO

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.