Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jun Hao sedia sahut cabaran sebagai pemain perseorangan utama negara
  • SUKAN

Jun Hao sedia sahut cabaran sebagai pemain perseorangan utama negara

Utusan Sarawak 6 hours ago
PEMAIN badminton perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao tidak tertekan dengan status pemain nombor satu Malaysia, sebaliknya menjadikan kedudukan itu sebagai motivasi untuk terus menyerlah.

KUALA LUMPUR: Pemain badminton perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao tidak tertekan dengan status pemain nombor satu Malaysia, sebaliknya menjadikan kedudukan itu sebagai motivasi untuk terus menyerlah.

Pemain ranking ke-25 dunia itu berkata beliau sedar dengan harapan yang mengiringi status itu, namun enggan menganggapnya sebagai satu tekanan.

“Tekanan itu memang ada, tetapi bagi saya ini satu cabaran dan semangat untuk terus maju,” katanya selepas sesi latihan di sini hari ini.

Berdasarkan ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Jun Hao kini berada di kedudukan lebih tinggi berbanding pemain profesional Lee Zii Jia yang menghuni ranking ke-28, diikuti Justin Hoh (ke-43) dan Aidil Sholeh Ali Sadikin (ke-46).

Zii Jia yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 di Paris tidak beraksi sejak Mac lepas akibat kecederaan ligamen buku lali.

Jun Hao yang berehat sehingga bulan depan berkata dia akan menggunakan waktu rehat itu untuk mempertingkatkan kecergasan fizikal serta ketajaman di gelanggang bagi menghadapi kejohanan penting akan datang.

Pemain berusia 25 tahun yang kali terakhir beraksi pada Terbuka Indonesia 2025 awal bulan ini berkata dia akan bermain semula pada Terbuka Jepun 2025 (15 hingga 20 Julai) dan Terbuka China (22 hingga 27 Julai) sebelum menyertai Kejohanan Dunia 2025 di Paris dari 25 hingga 31 Ogos.

Ketika ditanya mengenai sasaran khusus pada kejohanan akan datang, Jun Hao enggan meletakkan jangkaan terlalu tinggi, sebaliknya memilih untuk memberi tumpuan kepada setiap perlawanan secara berperingkat.

Mengulas prestasinya sepanjang musim ini, Jun Hao mengakui masih belum mencapai tahap terbaik kerana sedang menyesuaikan diri dengan pendekatan taktikal Pengarah Kejurulatihan Perseorangan negara Kenneth Jonassen yang mula menggalas tugas itu awal tahun ini.

Daripada sembilan kejohanan yang disertai tahun ini, Jun Hao hanya sekali berjaya mara ke suku akhir iaitu pada Terbuka Singapura 2025 bulan lepas, sebelum tewas 13-21, 11-21 kepada pemain nombor satu dunia dari Thailand Kunlavut Vitidsarn.– Bernama

Continue Reading

Previous: D1 Racing harumkan nama Sarawak di pusingan ketiga Superbike GP Pro MSF 2025
Next: Herry sasar gelaran juara terbuka Jepun atau terbuka China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.