Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Jumlah pengunjung majlis tidak lagi dihadkan
  • NASIONAL

Jumlah pengunjung majlis tidak lagi dihadkan

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 10 Julai -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Bangunan Perdana Putra hari ini. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, July 10 -- Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob at a press conference on the Recovery Movement Control Order (RMCO) at Perdana Putra today. -- fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

MENTERI Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Bangunan Perdana Putra semalam. • Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Jumlah  maksimum peserta atau pengunjung  di majlis agama, sosial dan rasmi akan diselaras mengikut kapasiti ruang  tertakluk kepada jarakan sosial bermula 15 Julai ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Beliau berkata, keputusan  itu dibuat  pada Mesyuarat  Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan  Pergerakan (PKP) yang bersetuju had 250 orang yang putuskan sebelum ini ditimbang semula.

“Setakat ini kita hadkan tetamu untuk majlis kahwin sebagai contoh adalah seramai 250 orang dan jemaah masjid (serta  penganut bukan Islam)  seramai satu pertiga daripada kapasiti masjid dan rumah ibadah bukan Islam.

“Jadi untuk menyamaratakan semua sekali, kita bersetuju had tetamu dan peserta adalah berdasarkan keluasan sesuatu tempat  dengan syarat ada penjarakan sosial sejauh satu meter,” katanya  pada sidang media selepas mesyuarat itu semalam.

Beliau memberi contoh bagi sebuah dewan berkapasiti 1,000 orang akan dapat memuatkan 800 individu berdasarkan pelaksanaan jarakan sosial.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata  mesyuarat  juga  bersetuju  dengan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Berasrama  yang dibentangkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM). 

Antara  garis panduan itu ialah  hanya  murid dan pelajar yang sihat sahaja dibenarkan kembali ke asrama  selain perlu melakukan saringan kesihatan semasa pendaftaran masuk ke asrama, katanya.

“Sekiranya terdapat murid yang bergejala, pihak pentadbiran perlu mendapatkan nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan memaklumkan ibu bapa atau penjaga untuk membawa pulang murid.

“Garis panduan yang dikeluarkan KPM ini boleh digunakan untuk mana-mana sekolah berasrama yang lain  yang tidak terletak di bawah KPM seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sekolah swasta,” katanya.

Beliau berkata, sebagai langkah keselamatan, Kementerian Kesihatan  akan menjalankan ujian saringan Covid-19 secara  rawak di asrama.

Ismail Sabri  turut berkata, pelajar tingkatan empat dibenarkan pulang ke asrama bermula 15 Julai ini sementara untuk pelajar tingkatan lain, bermula 3 Ogos.

Bagi asrama di sekolah rendah, khususnya di  kawasan pedalaman, murid   tahun lima dan enam  juga dibenarkan pulang ke asrama masing-masing pada 15 Julai.

Mengulas mengenai kebenaran mengadakan kelas muzik dan peperiksaan  bahasa Inggeris bagi persediaan ke luar negara TOEFL  (ujian bahasa Inggeris sebagai bahasa asing), Ismail Sabri berkata kedua-duanya adalah dibenarkan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Isteri terima faedah Perkeso RM1,179 sebulan
Next: 532 individu gagal hadir saringan kedua Covid-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.