Jumlah pengeluaran Akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion

Facebook
WhatsApp
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM10.78 bilion setakat 30 September 2024, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Pengeluaran itu membabitkan seramai 3.86 juta ahli atau 29.4 peratus daripada keseluruhan ahli di bawah 55 tahun, kata kementerian itu dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 diperkenalkan untuk membantu ahli KWSP menangani keperluan kewangan jangka pendek yang boleh menjejaskan kesejahteraan semasa persaraan sekiranya tidak dipenuhi.

“Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli, terutama ketika kecemasan.

“Secara tidak langsung, pengeluaran melalui Akaun Fleksibel ini boleh meningkatkan aliran tunai dan membantu ahli ketika keadaan mendesak,” kata MOF.

Kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) mengenai sejauh mana keberkesanan Akaun 3 dalam membantu pencarum yang berada dalam keadaan terdesak.

-BERNAMA

PRN NS: 401 pusat mengundi dibuka 8.00 pagi

SEREMBAN: Sebanyak 401 pusat mengundi membabitkan 1,668 saluran bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 dibuka serentak bermula 8.00 pagi ini, membolehkan