Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jumlah penerbangan ke Sarawak dipertimbangkan
  • TEMPATAN

Jumlah penerbangan ke Sarawak dipertimbangkan

Utusan Sarawak 5 years ago
SIDANG MEDIA… Abdul Karim (tengah) bercakap dalam sidang media semalam di Kuching, semalam.

KUCHING: Syarikat penerbangan akan dimaklumkan untuk menambah penerbangan masuk ke Sarawak sekiranya tiada peningkatan drastik kes Covid-19 selepas 14 Ogos ini kata Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mendedahkan kementeriannya telah mengadakan pertemuan bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) pagi semalam berhubung perkara berkenaan.

“Selepas 14 Ogos kami akan buka,” tegasnya dalam sidang media selepas pelancaran Jurnal Pengurusan Pelancongan Bertanggungjawab di Baitulmakmur 2 semalam.

Menurut Abdul Karim, pengurangan kemasukan penerbangan diakui kementeriannya bahawa memberi impak negatif kepada pengusaha hotel tempatan setelah jumlah penerbangan dikurangkan selama dua minggu bagi negeri ini untuk mengatasi peningkatan kes Covid-19 dari 1 hingga 14 Ogos ini.

“Kami tahu masalah yang mereka hadapi dalam dua minggu ini kerana kurang penerbangan masuk ke negeri ini,” ujarnya sambil memberitahu ia adalah impak berantai kepada industri lain.

Jelasnya, bukan hanya hotel yang menderita tetapi yang lain seperti pengangkutan dan tinggal beberapa hari lagi sebelum 14 Ogos.

“Semoga selepas 14 Ogos, keadaan akan kembali normal,” ujarnya sambil menjelaskan tindakan kerajaan bukan ingin menyusahkan rakyat namun sebagai langkah untuk memutuskan rantaian pandemik agar rakyat juga dapat dilindungi.

Kerajaan Sarawak akui Abdul Karim tidak mahu pandemik Covid-19 terus merebak di negeri ini berikutan itu pelbagai inisiatif diusahakan untuk memutuskan rantaian.

Seterusnya, Abdul Karim mendedahkan kementeriannya bekerjasama dengan majlis bandaraya tempatan terutamanya di Padawan, Bengoh dan Bau bagi mengenalpasti lokasi pelancongan tempatan.

“Tempat ini ada air terjun dan saya suka kerana ia sangat dekat dengan bandar,” katanya lagi sambil memberitahu jarak lokasi pelancongan yang dekat kini menjadi pilihan pelancong tempatan atau asing.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: Lapan dicaj dari HUS
Next: Saringan wajib masuk Sarawak dilanjutkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.