Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Jumlah mangsa banjir semakin menurun di Sarawak
  • NASIONAL

Jumlah mangsa banjir semakin menurun di Sarawak

Utusan Sarawak 11 hours ago
GAMBAR hiasan. Foto Bernama

MIRI: Jumlah mangsa banjir dan kejadian tanah runtuh semakin menurun di Sarawak dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di bahagian Miri.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) melaporkan setakat 4.00 petang ini, jumlah mangsa banjir dan tanah runtuh telah berkurangan kepada 29 orang daripada 17 keluarga, berbanding 127 orang daripada 60 keluarga berbanding petang semalam.

Jumlah mangsa banjir di PPS SK Suai Niah telah menurun kepada 21 individu daripada 14 keluarga daripada 119 mangsa daripada 57 keluarga.

PPS Dewan Bulan Sabit Merah pula masih kekal menempatkan empat mangsa banjir dari dua keluarga dan empat mangsa sekeluarga yang terjejas tanah runtuh.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kemeriahan Krismas kian terasa, pusat beli-belah jadi tumpuan orang ramai
Next: Lebih 60 peratus pelajar universiti awam wanita – Nancy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.