Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jumlah mangsa banjir Sarawak meningkat, 25 PPS beroperasi  
  • TEMPATAN

Jumlah mangsa banjir Sarawak meningkat, 25 PPS beroperasi  

Utusan Sarawak 1 day ago
SUASANA proses pemindahan mangsa banjir ke PPS hari ini. Foto: APM Sarawak

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan bahawa sejumlah 25 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kini beroperasi di seluruh negeri bagi menampung mangsa banjir.

Menurut kenyataan JPBNS, sehingga kemaskini setakat 8:00 malam ini, seramai 421 keluarga daripada 1,428 mangsa telah dipindahkan ke PPS dengan trend pemindahan menunjukkan peningkatan.

Di Miri, tiga PPS baharu telah dibuka termasuk Dewan Pujut Tanjung Baru (1 KIR, tujuh mangsa), Masjid Darul Iman Kampung Tudan Fasa 2A, dan Dewan Pusat Komuniti Tudan Fasa 4, yang kini dalam proses kemaskini data.

Di Bau, PPS Dewan Serbaguna Kampung Bijuray Mongag, Krokong menempatkan 23 KIR melibatkan 93 mangsa, manakala Dewan Serbaguna Kampung Blimbin Krokong pula menempatkan 21 KIR daripada 78 mangsa dengan jumlah mangsa dilaporkan meningkat.

PPS baharu turut beroperasi di Serian, Padawan, Tebedu, Siburan, Samarahan, Simunjan, Sibu, dan Dalat dengan jumlah mangsa berbeza mengikut lokasi.

Antaranya, PPS Dewan Taman Duranda Emas di Siburan mencatatkan peningkatan kepada 47 KIR dengan 189 mangsa, manakala PPS SK Endap di Samarahan menempatkan 100 KIR daripada 339 mangsa.

JPBNS menekankan bahawa semua PPS terus dipantau oleh pihak berkuasa termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak untuk memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa terpelihara sepanjang berada di pusat pemindahan.

Setakat ini, trend pemindahan mangsa banjir di Sarawak dilaporkan meningkat, dan semua pihak diingatkan agar sentiasa berwaspada terhadap perkembangan cuaca serta mengikuti arahan pihak berkuasa tempatan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Setiausaha Kerajaan Sarawak tegaskan perkhidmatan awam perlu kekal cekap dan efisien
Next: 10 mangsa banjir selamat dipindahkan ke PPS Batu Kitang Jaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.