Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jumlah mangsa banjir PPS menurun di Bintulu dan Sebauh
  • TEMPATAN

Jumlah mangsa banjir PPS menurun di Bintulu dan Sebauh

Utusan Sarawak 5 hours ago
 INFOGRAFIK bencana banjir di Sarawak terkini setakat 8.00 malam ini. Foto APM Sarawak

KUCHING: Keadaan banjir di bahagian Bintulu dan Sebauh menunjukkan penurunan apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kini mencatatkan 336 orang, berkurangan berbanding laporan sebelumnya.

Menurut Laporan Bencana Negeri Sarawak, setakat 8.00 malam ini, sebanyak tiga PPS masih beroperasi dengan jumlah keseluruhan 96 keluarga. Trend pemindahan mangsa dilaporkan menunjukkan penurunan.

Di Bintulu, satu-satunya PPS yang masih beroperasi ialah Dewan Suarah Bintulu yang menempatkan 32 keluarga melibatkan 121 mangsa. 

Jumlah mangsa di PPS ini dilaporkan kekal berbanding sebelumnya.

Sementara itu di Sebauh, dua PPS masih menempatkan mangsa banjir. 

PPS Balai Raya Sebauh menempatkan 45 keluarga atau 144 mangsa, manakala Dewan Sri Kemena Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebauh menempatkan 19 keluarga atau 71 mangsa. 

Kedua-dua PPS ini mencatatkan penurunan jumlah mangsa berbanding laporan sebelumnya.

Kerajaan negeri sentiasa memantau situasi banjir dan menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi arahan pihak berkuasa serta mengutamakan keselamatan diri dan keluarga.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Mangsa banjir perlu segera urus penggantian dokumen penting
Next: Video muzik Tahun Baharu Cina MBKS 2026 lambang perpaduan masyarakat Kuching Selatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.