Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jumlah mangsa banjir dipindahkan terus meningkat setakat 8.00 malam
  • SEMASA

Jumlah mangsa banjir dipindahkan terus meningkat setakat 8.00 malam

Utusan Sarawak 3 hours ago
INFOGRAFIK bencana banjir di Sarawak terkini setakat 8.00 malam ini. Foto: APM Sarawak

KUCHING: Trend pemindahan mangsa banjir di Bahagian Kuching terus mencatatkan peningkatan apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat setakat 8.00 malam ini.

Berdasarkan laporan terkini bencana negeri Sarawak, seramai 325 mangsa daripada 91 Ketua Isi Rumah (KIR) kini ditempatkan di dua PPS yang dibuka di daerah Kuching.

Dua PPS yang beroperasi ialah Dewan R-Piang yang menempatkan 112 mangsa daripada 23 KIR, manakala Dewan Masyarakat Stapok menempatkan 213 mangsa daripada 68 KIR.

Kedua-dua PPS berkenaan dibuka pada hari ini susulan peningkatan paras air di beberapa kawasan rendah akibat hujan berterusan.

Setakat ini, trend pemindahan mangsa menunjukkan peningkatan apabila lebih ramai penduduk terpaksa dipindahkan ke PPS bagi memastikan keselamatan mereka.

Pihak berkuasa bersama agensi penyelamat dan pengurusan bencana negeri terus memantau situasi semasa serta bersiap sedia sekiranya keadaan banjir bertambah buruk.

Penduduk di kawasan berisiko juga dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah ke PPS.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Vesel tangki bawa minyak tanpa lesen ditahan Maritim Malaysia
Next: Premier Sarawak, Pesuruhjaya Tinggi Kanada perkukuh kerjasama strategik dalam tenaga dan teknologi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.