Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat sedikit, situasi di Sarawak kian pulih
  • SEMASA

Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat sedikit, situasi di Sarawak kian pulih

Utusan Sarawak 21 hours ago
PANTAU…APM Marudi memantau kawasan yang dinaiki air di Kampung Padang Kerbau. Foto APM Marudi

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu dilaporkan meningkat sedikit setakat 5 petang ini, manakala situasi di Sarawak semakin pulih.

Di Terengganu, jumlah mangsa meningkat kepada 326 orang daripada 101 keluarga, berbanding 299 orang daripada 78 keluarga pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, di daerah Hulu Terengganu, sebanyak 274 orang daripada 87 keluarga berlindung di lima PPS sejak malam tadi.

PPS berkenaan ialah Bangunan PPS Kampung Lubok Periok, Masjid Kampung Peneh, Balai Raya Kampung Kemat, Balai Raya Kampung Pelandan dan Balai Raya Kampung Tapah.

Sementara itu, di daerah Kemaman, 52 orang daripada 14 keluarga bertempatkan di tiga PPS iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih, Masjid Sungai Mas dan Dewan Sivik Air Putih.

Di Sarawak, JPBN negeri memaklumkan situasi banjir semakin pulih dengan hanya dua PPS masih beroperasi di Miri.

JPBN dalam kenyataan memaklumkan setakat petang ini, 11 orang daripada lima keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaaan Suai, Niah dan PPS Dewan Bulan Sabit Merah, berbanding 18 orang daripada sembilan keluarga pada pagi tadi.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak antara negeri terjejas amaran hujan berterusan
Next: Batik Air lancar laluan baharu Kota Kinabalu-Kuching, perkukuh rangkaian Malaysia Timur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.