Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun
  • TEMPATAN

Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun

Utusan Sarawak 4 hours ago

SIBU: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menurun kepada 507 orang daripada 158 keluarga pada 4.00 petang ini, berbanding 611 orang daripada 194 keluarga pagi tadi.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, empat PPS masih beroperasi di Bahagian Sibu dan Bintulu.

“Di Sibu, PPS SMK Bukit Assek menempatkan enam mangsa daripada satu keluarga, manakala di Bintulu, PPS Dewan Suarah menempatkan 251 mangsa daripada 73 keluarga,” menurut kenyataan itu.

Jumlah mangsa di PPS Balai Raya Sebauh dan SMK Sebauh turut menurun masing-masing kepada 143 orang (51 keluarga) dan 107 orang (33 keluarga), berbanding 150 dan 177 mangsa pada pagi tadi.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan perkukuh kesiapsiagaan, peruntukan bantuan bencana Sarawak dijangka meningkat tahun ini
Next: Sarawak perkukuh sistem kesihatan digital dan fasiliti penjawat awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.