Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat, Sabah berkurang
  • NASIONAL

Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat, Sabah berkurang

Utusan Sarawak 20 hours ago
Foto JBPM Sarawak

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak terus meningkat setakat 8.00 pagi tadi manakala situasi di Sabah menunjukkan trend pemulihan.

Di SARAWAK, jumlah mangsa meningkat kepada 2,831 orang daripada 826 keluarga berbanding 1,172 orang daripada 349 keluarga pada 4.00 petang semalam. 

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak kesemua mangsa tersebut ditempatkan di 39 PPS yang beroperasi hari ini. 

Antara kawasan terjejas  Bau, Kuching, Kota Samarahan, Simunjan, Gedong, Serian, Sibu, Mukah dan Bintulu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sarawak hingga hari ini.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir berkurang kepada 462 orang daripada 157 keluarga setakat 8 pagi tadi, berbanding 503 orang daripada 173 keluarga semalam.

Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan dua pusat pemindahan di Beaufort masih beroperasi yang menempatkan penduduk dari 12 kampung manakala satu PPS dibuka di Tawau. – Bernama

Continue Reading

Previous: Selepas lebih tiga dekad berbakti, Timbalan Ketua Pengarang Bernama Azlina Aziz bersara
Next: Malaysia Airlines perkenal semula penerbangan ke Chengdu, catat permintaan tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.