Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jumlah mangsa banjir di Sarawak, Perak menurun pagi ini
  • SEMASA

Jumlah mangsa banjir di Sarawak, Perak menurun pagi ini

Utusan Sarawak 4 hours ago
SUASANA di pusat pemindahan sementara (PPS) di Miri. Foto APM Miri

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sarawak dan Perak yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun pagi ini, berbanding semalam.

Di Sarawak, sebanyak 140 orang terdiri daripada 136 mangsa banjir dan empat tanah runtuh ditempatkan di tiga PPS di Miri setakat 8.00 pagi ini, berbanding 152 orang direkodkan semalam. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan 109 mangsa banjir berada di Sekolah Kebangsaan (SK) Suai Niah manakala 23 lagi di SK Kampung Angus.

SITUASI banjir di Miri. Foto APM Miri

Selain itu, masing-masing empat mangsa banjir dan tanah runtuh ditempatkan di PPS Dewan Bulan Sabit Merah.

Di Perak, sebanyak 83 orang masih berada di dua PPS di daerah Hilir Perak pagi ini, berbanding 111 orang semalam.

Sekretariat JPBN Perak memaklumkan PPS Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak menempatkan 52 mangsa manakala 31 mangsa di PPS Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan ribut di kesemua daerah di Perak petang ini kecuali Kerian, Manjung, Hilir Perak dan Bagan Datu. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak tiba di Nanjing untuk lawatan kerja
Next: Premier Sarawak hadiri sesi dialog bersama Jiangsu Provincial People’s Government

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.