Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Jumlah mangsa banjir di Sarawak, Perak kekal
  • NASIONAL

Jumlah mangsa banjir di Sarawak, Perak kekal

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR FAIL

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak dan Perak pada pagi ini kekal seperti semalam, dengan empat PPS masih beroperasi di dua negeri itu.

Di SARAWAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan setakat 8 pagi, sebanyak 142 mangsa daripada 65 keluarga masih berada di tiga PPS di Miri kerana bencana banjir dan tanah runtuh.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Angus menempatkan 15 mangsa daripada lima keluarga manakala PPS SK Suai Niah masih dihuni 119 mangsa daripada 57 keluarga.

PPS Dewan Bulan Sabit Merah menempatkan empat mangsa daripada dua keluarga yang terkesan akibat banjir serta empat mangsa sekeluarga yang dipindahkan ke situ kerana tanah runtuh. 

Di PERAK, JPBN memaklumkan mangsa banjir di PPS Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak yang dibuka pada 25 Nov masih menempatkan 19 mangsa daripada lima keluarga dari Kampung Matang Jambu, Kampung Glouster, Ayer Hitam, Batu 7, 8 dan 9.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca ribut di kesemua daerah pada petang ini, kecuali di Bagan Datuk.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan peruntuk RM190 juta untuk 13 projek perumahan nelayan seluruh negara
Next: Hujan berterusan di Sarawak, Johor dan pantai Timur hingga selasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.