Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, 1,631 masih ditempatkan di PPS
  • TEMPATAN

Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, 1,631 masih ditempatkan di PPS

Utusan Sarawak 6 hours ago
INFOGRAFIK Bencana MTI 2025/2026. APM Sarawak. Foto Facebook APM Sarawak

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak menunjukkan trend penurunan apabila seramai 1,631 orang daripada 503 Ketua Isi Rumah (KIR) masih ditempatkan di 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat 8.00 pagi, hari ini.

Berdasarkan Infografik Bencana MTI 2025/2026 yang dikeluarkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak, bencana banjir dan tanah runtuh kini melibatkan tiga bahagian dan empat daerah, berbanding beberapa hari sebelumnya yang mencatatkan jumlah mangsa lebih tinggi.

INFOGRAFIK Bencana MTI 2025/2026. APM Sarawak. Foto Facebook APM Sarawak

Bahagian Serian, Bintulu dan Sibu kekal sebagai kawasan terjejas. Di Serian, seramai 1,024 mangsa melibatkan 312 KIR ditempatkan di lima PPS susulan kejadian banjir dan tanah runtuh.

Di Bintulu pula, 573 mangsa daripada 185 KIR berada di tiga PPS, manakala di Sibu, enam mangsa daripada satu KIR ditempatkan di sebuah PPS akibat banjir.

INFOGRAFIK Bencana MTI 2025/2026. APM Sarawak. Foto Facebook APM Sarawak

APM Sarawak memaklumkan keadaan banjir di beberapa kawasan semakin pulih dan trend pemindahan mangsa adalah terkawal, namun pemantauan rapi masih diteruskan berikutan faktor cuaca yang tidak menentu.

Orang ramai dinasihatkan untuk terus berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan bersama.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS tetapi tinggi berbanding mata wang utama
Next: Ahmad Selihin dilantik Pengarah Baharu JBALB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.