Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak meningkat, Johor kekal setakat pagi ini
  • SEMASA

Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak meningkat, Johor kekal setakat pagi ini

Utusan Sarawak 17 hours ago
PUSAT Pemindahan Sementara (PPS) di SMK Bekenu, Subis.

KUALA LUMPUR:  Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) serta pusat pemindahan kekal (PPK) di Sabah dan Sarawak meningkat sedikit pagi ini manakala di Johor kekal.

Di Sabah, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 513 orang daripada 177 keluarga berbanding 510 orang daripada 164 keluarga semalam, menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah.

Kenyataan itu memaklumkan di Beaufort, seramai 338 orang daripada 120 keluarga dari lapan kampung masih berlindung di PPK Dewan Selagon manakala di Kota Kinabalu, 158 orang daripada 53 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Masjid Al-Munir, Kampung Darau.

“Kota Belud menjadi daerah terbaru terjejas banjir dengan sebuah PPS dibuka di Dewan Kampung Lentigi yang menempatkan 17 mangsa daripada empat keluarga,” menurut JPBN.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa tempat di kawasan pedalaman di Sabah mengalami ribut petir pada sebelah pagi, petang dan malam ini dengan suhu antara 22 hingga 33 darjah Celsius.

Di Sarawak, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, Miri meningkat kepada 166 orang daripada 53 keluarga setakat 8.00 pagi ini berbanding 47 orang daripada 18 keluarga pada 4.00 petang semalam.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Johor kekal 50 orang daripada 15 keluarga setakat 8 pagi, dan mereka ditempatkan di dua PPS di Segamat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata 36 mangsa daripada 11 keluarga tempatkan di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak dan 14 mangsa daripada empat keluarga di PPS Dewan Serbaguna Kampung Tandong.

Beliau berkata dua sungai di negeri itu berada pada paras amaran iaitu Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat dengan bacaan 8.41 meter serta Jeti Sungai Tekam, Segamat pada 3.76 meter manakala cuaca semua daerah di Johor dilaporkan cerah pagi ini. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gula Rahmah hanya dijual menerusi Program Jualan Rahmah MADANI
Next: SARA RM100, STR fasa satu sehingga RM500 mula dikreditkan pada Januari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.