Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jumlah korban tanah runtuh di tapak perlombongan DR Congo meningkat
  • GLOBAL

Jumlah korban tanah runtuh di tapak perlombongan DR Congo meningkat

Utusan Sarawak 4 hours ago
TRAGEDI tanah runtuh di tapak perlombongan coltan Rubaya, Republik Demokratik Congo, ragut lebih 200 nyawa termasuk 70 kanak-kanak.

KIGALI, Rwanda: Angka kematian akibat kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perlombongan coltan di timur Republik Demokratik Congo (DR Congo) telah melebihi 200 orang, termasuk kira-kira 70 kanak-kanak, menurut pihak berkuasa pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Kejadian tanah runtuh itu berlaku pada Selasa di kawasan perlombongan Rubaya di wilayah North Kivu, menimbus pelombong, penjaja makanan dan peniaga kecil lain.

Mangsa kebanyakannya terdiri daripada pelombong artisanal yang melombong coltan di lombong berkenaan, yang terletak kira-kira 70 kilometer (43 batu) di barat ibu negeri wilayah, Goma.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Perlombongan memaklumkan bahawa angka kematian dijangka meningkat.

“Angka sementara melebihi 200 orang maut, termasuk kira-kira 70 kanak-kanak bawah umur. Beberapa mangsa yang cedera telah dipindahkan ke kemudahan kesihatan,” menurut kementerian itu.

Media tempatan yang memetik seorang pelombong artisanal yang terselamat melaporkan bahawa sebuah terowong mula runtuh secara perlahan sebelum dalam beberapa saat menimbus ramai orang.

Kawasan perlombongan yang kaya dengan mineral termasuk coltan, kasiterit, emas dan turmalin itu berada di bawah kawalan pemberontak M23 sejak 2024.

Kerajaan mengecam keadaan perlombongan yang “tidak selamat” tanpa peraturan ketat susulan ketiadaan kuasa kerajaan serta eksploitasi mineral secara haram di tapak itu oleh kumpulan pemberontak.

Insiden itu menyusuli satu lagi bencana di tapak sama pada Januari lalu yang mengorbankan lebih 400 orang, menurut laporan media tempatan. – Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Trump tampil dengan ruam merah di leher
Next: Penerbangan pertama bawa rakyat Singapura terkandas di Asia Barat, selamat tiba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.