Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jumlah kematian meningkat akibat ribut musim sejuk ekstrem di AS  
  • GLOBAL

Jumlah kematian meningkat akibat ribut musim sejuk ekstrem di AS  

Utusan Sarawak 13 hours ago
SUASANA jalan perumahan di Washington, DC dilitupi salji ketika ribut musim sejuk ekstrem melanda Amerika Syarikat, hari ini. Foto AFP

NEW YORK: Ribut musim sejuk ekstrem yang melanda sebahagian besar Amerika Utara menyebabkan sekurang-kurangnya 11 kematian, menurut laporan media hari ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Memetik pihak berkuasa tempatan, USA Today melaporkan sekurang-kurangnya 13 kematian di lima negeri di Amerika Syarikat (AS), manakala penyiar CNN melaporkan sekurang-kurangnya 11 kematian.

Perbezaan jumlah kematian dalam media bergantung pada sejauh mana kematian itu dikaitkan dengan keadaan cuaca.

Datuk Bandar New York Zohran Mamdani berkata lima orang yang ditemukan mati di luar rumah sepanjang hujung minggu disyaki akibat membeku sehingga mati, namun punca rasmi kematian masih belum ditentukan.

SUASANA di Washington dilitupi salji ketika ribut musim sejuk ekstrem melanda Amerika Syarikat, hari ini. Foto AFP

Kematian akibat hipotermia juga dianggap kemungkinan berlaku dalam kes tiga orang di negeri Kansas, Michigan dan Texas, menurut pihak berkuasa.

Pada Ahad, dua orang dilaporkan meninggal akibat hipotermia di Caddo Parish, Louisiana.

Terdapat juga kematian berkaitan nahas jalan raya serius akibat keadaan berais, termasuk sekurang-kurangnya dua orang di negeri selatan, Tennessee dan Texas.

Di Tennessee, pihak berkuasa melaporkan jumlah tiga kematian berkaitan cuaca, walaupun tidak jelas berapa ramai daripadanya berpunca akibat nahas jalan raya.

USA Today menyenaraikan seorang remaja berusia 17 tahun di Arkansas antara mangsa ribut musim sejuk. Remaja itu yang berada di atas andur salji yang ditarik oleh kenderaan serba rupa bumi  dan melanggar pokok, menyebabkan kematiannya di tempat kejadian.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pendaki AS, Alex Honnold cipta sejarah panjat Taipei 101 tanpa tali keselamatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.