Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jumlah kematian akibat serangan berterusan Israel di Gaza hampir 43,400 orang
  • GLOBAL

Jumlah kematian akibat serangan berterusan Israel di Gaza hampir 43,400 orang

Utusan Sarawak 7 months ago
PENDUDUK Palestin menyembahyangkan jenazah saudara-mara, yang terbunuh dalam serangan udara Israel semalaman di Beit Lahia, utara Semenanjung Gaza pada 27 Oktober 2024 di tengah-tengah perang yang berterusan di wilayah Palestin antara Israel dan Hamas. FotoAFP

ANKARA: Sekurang-kurangnya 33 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban sejak tahun lepas kepada 43,374 orang, menurut Kementerian Kesihatan di wilayah itu, semalam.

Menurut Agensi Anadolu, seramai 102,261 orang lagi cedera dalam serangan yang masih berlangsung.

Kementerian itu berkata, ramai masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan-jalan kerana pasukan penyelamat tidak dapat sampai ke tempat mereka.

Tentera Israel terus melancarkan serangan kejam ke atas Semenanjung Gaza sejak tahun lepas, walaupun terdapat resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menyeru gencatan senjata segera.

Serangan berterusan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk wilayah itu kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah sekatan berterusan, yang menyebabkan kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.

Usaha pengantaraan yang diketuai Amerika Syarikat, Mesir dan Qatar untuk mencapai perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan antara Israel dan Hamas gagal berikutan keengganan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk menghentikan serangan.

Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas tindakannya di Gaza. – Bernama – Anadolu

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Lagenda muzik AS, Quincy Jones meninggal dunia pada usia 91 tahun
Next: UK mulakan percubaan minggu kerja 4 hari dengan 1,000 pekerja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.