Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jumlah kematian akibat kejadian tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia meningkat kepada 48 orang
  • GLOBAL

Jumlah kematian akibat kejadian tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia meningkat kepada 48 orang

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PASUKAN penyelamat menemukan mayat seorang mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh di Kampung Pasirlangu, Cisarua, Bandung, Jawa Barat, pada 26 Januari 2026. Foto AFP

JAKARTA: Jumlah kematian akibat kejadian tanah runtuh yang melanda Kampung Pasirlangu, Daerah Kecil Cisarua, Kabupaten Bandung Barat, di Wilayah Jawa Barat, Indonesia, Sabtu lepas, meningkat kepada 48 orang, dengan 30 mangsa sudah dikenal pasti, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Media tempatan memetik Polis Jawa Barat sebagai berkata pos Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) di lokasi kejadian menerima sebanyak 48 beg mayat yang dipindahkan oleh pasukan mencari dan menyelamat bersama. Daripada jumlah itu, kira-kira 30 mayat berjaya dikenal pasti dan diserahkan kepada keluarga masing-masing.

Polis berkata kerja pengecaman ke atas baki 18 mayat masih diteruskan melalui proses padanan data, termasuk perbandingan maklumat bedah siasat  dan “ante-mortem”, ketika senarai orang hilang terus dikemas kini.

Bagi mempercepatkan usaha pencarian, pihak berkuasa turut mengerahkan anjing pengesan bagi membantu pasukan bersama mengesan mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan tanah, khususnya di kawasan yang sukar diakses oleh jentera berat.

Pejabat Pemerkasaan Wanita dan Perlindungan Kanak-Kanak Kota Bandung turut menyediakan perkhidmatan pemulihan trauma kepada kanak-kanak yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh itu. Bantuan merangkumi sokongan psikologi serta pengagihan mainan pendidikan, ubat-ubatan dan pakaian di pusat pemindahan, bagi membantu memulihkan kesejahteraan mental kanak-kanak.- Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Indonesia terima tiga jet pejuang pertama Rafale
Next: Tokoh pembangkang Venezuela muncul di khalayak buat kali pertama dalam tempoh 17 bulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.