Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Jumlah Ahli Parlimen GPS bawa manfaat kepada Sarawak
  • NASIONAL

Jumlah Ahli Parlimen GPS bawa manfaat kepada Sarawak

Utusan Sarawak 3 years ago

Pelbagai peristiwa yang dilalui serta rekod kecemerlangan GPS sejak penubuhannya pada 2018 membuktikan bahawa blok Ahli Parlimen yang kukuh dari GPS dalam kerajaan telah membawa banyak manfaat kepada Sarawak. - Datuk Seri Fadillah Yusof

KUCHING: Bilangan Ahli Parlimen dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang ramai dalam Kerajaan Persekutuan akan dapat membawa suara dari negeri Sarawak yang lebih kukuh dan tegas dalam membuat sebarang tuntutan bagi manfaat negeri serta penduduknya, kata Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata, pelbagai peristiwa yang dilalui serta rekod kecemerlangan GPS sejak penubuhannya pada 2018 membuktikan bahawa blok Ahli Parlimen yang kukuh dari GPS dalam kerajaan telah membawa banyak manfaat kepada Sarawak.

Kenyataan beliau itu dikeluarkan bagi menjawab dakwaan Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan yang menggesa pemilih di Sarawak supaya tidak mengundi GPS pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini, kerana menurutnya ia tidak memberi apa-apa manfaat.

“Kenyataan Voon Lee Shan supaya pemilih di Sarawak melemahkan GPS dengan tidak mengundi untuk Gabungan ini pada PRU-15 nanti adalah berdasarkan idea mereka bahawa kerajaan persekutuan yang kukuh tidak memberi manfaat kepada Sarawak, ia adalah berdasarkan idea mangarut, tidak masuk akal sama sekali,” kata beliau yang juga merupakan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Selain PBB, parti lain yang menganggotai GPS adalah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

PBK merupakan salah satu parti pembangkang tempatan di Sarawak yang baru-baru ini mengadakan kerjasama dengan dua lagi parti tempatan yakni Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS). – Bernama

Continue Reading

Previous: Malam ASA 2022 di PICC 29, 30 Oktober ini
Next: Parlimen Tasek Gelugor akan kembali pada UMNO

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.