SEBUYAU: Menteri Utiliti dan Telekomunikasi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi menyumbangkan kerusi gunting rambut kepada pengusaha kedai gunting, Mohammad Nasri Hanapi.
Penyerahan sumbangan dua unit kerusi itu dilakukan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kampung Sampat Sebangan, hari ini.
Julaihi berkata, sumbangan itu akan membantu meringankan beban pengusaha kedai gunting terbabit sekali gus membantu meningkatkan pendapatan mereka.
“Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak membantunya (Mohammad Nasri) melancarkan operasi di kedai guntingnya,” katanya.
Dalam pada itu, Nasri bersyukur dan berterima kasih kepada menteri itu kerana sudi menghantar dan menyerahkan sendiri kerusi gunting ke premis perkhidmatannya.