Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Juing Garai dihargai AADK atas dedikasi luar biasa sebelum bertugas di Mukah
  • Tengah
  • WILAYAH

Juing Garai dihargai AADK atas dedikasi luar biasa sebelum bertugas di Mukah

Utusan Sarawak 2 hours ago
JASAMU DIKENANG… Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih AADK Daerah Sibu bagi menghargai jasa dan dedikasi Juing Garai yang akan memulakan tugas di AADK Daerah Mukah. Foto AADK Daerah Sibu

SIBU: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Juing Garai, atas khidmat bakti dan dedikasi beliau sepanjang bertugas di Daerah Sibu sebelum memulakan tugas di stesen baharu, AADK Daerah Mukah.

Satu majlis ringkas namun bermakna, ‘Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih’ telah diadakan di Pejabat AADK Daerah Sibu semalam bagi meraikan kakitangan berkenaan.

Pertukaran tersebut disifatkan sebagai satu kehilangan kepada warga kerja AADK Daerah Sibu, namun menyedari bahawa pusingan kerja adalah sebahagian daripada dinamika perkhidmatan awam bagi meningkatkan kompetensi kakitangan. 

Seluruh warga kerja AADK Daerah Sibu mendoakan agar Juing terus cemerlang dalam kerjaya.

Dalam pada itu, Juing dalam ucapan perpisahannya melahirkan rasa sebak meninggalkan Sibu yang disifatkannya sebagai tempat yang banyak memberi pengalaman mematangkan kerjaya.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kenang-kenangan dan sesi bergambar bersama seluruh warga kerja AADK Daerah Sibu.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: AADK Sibu santuni pelatih Giatmara melalui program antidadah
Next: Pasukan bomba berjaya tangkap ular sawa di Lorong 8A, Jalan Kilang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.