Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Juara milik Landas PSPBK 7
  • SUKAN

Juara milik Landas PSPBK 7

Utusan Sarawak 3 years ago

REGU Landas PSPBK 7 muncul juara Kejohanan Petanque Beregu Terbuka Sri Aman 2022 bagi merebut Piala YB Datuk Mong Dagang yang berlangsung di Arena Petanque Sri Aman, baru-baru ini.

Dalam perlawanan akhir itu, Landas PSPBK 7 menewaskan regu Landas PSPBK 4 dengan kiraan mata 13-10 pada penentuan juara.

Dengan kejuaraan itu, regu Landas PSPBK 7 berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,500 berserta piala, manakala regu PSPBK 4 membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan piala.

Pada aksi tempat ketiga pula menyaksikan regu KePS 5 menumpaskan Landas PSPBK 4 dengan kiraan mata 13-11.

Dengan kemenangan itu, regu KePS 5 berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM600 dan piala, sementara regu Landas PSPBK 4 membawa pulang hadiah wang tunai RM300 dan piala.

Kejohanan dianjurkan oleh Persatuan Sukan Petanque Bahagian Sri Aman yang dilangsungkan selama dua hari itu telah disertai sebanyak 144 buah pasukan dari seluruh bahagian di negeri ini.

Kesemua hadiah pemenang telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Sukan Petanque Bahagian Sri Aman, Dahlan Ham berterima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dan jawatankuasa penganjur atas komitmen dan kerjasama yang membolehkan kejohanan itu berlangsung dengan jayanya.

“Walaupun dilangsungkan dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa, kejohanan ini bukan sahaja mendapat sambutan yang sangat  menggalakkan tetapi juga berlangsung dengan jayanya,” jelas beliau.

Continue Reading

Previous: Korea Selatan ke Piala Dunia
Next: Penalti Ronaldo dikecam peminat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.