Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jualan Rahmah MADANI sempena Hari Gawai ringankan beban penduduk DUN Krian
  • Tengah
  • WILAYAH

Jualan Rahmah MADANI sempena Hari Gawai ringankan beban penduduk DUN Krian

Utusan Sarawak 7 hours ago
FRIDAY Belik pada majlis Perasmian Jualan Rahmah Madani sempena Hari Gawai 2026 bagi DUN Krian yang berlangsung di Dewan Rumah Dayak Saratok, pagi tadi. Foto ADUN Krian

SARATOK: Program Jualan Rahmah MADANI sempena Gawai Dayak 2026 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian disifatkan sebagai satu inisiatif penting dalam membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan asas pada harga lebih berpatutan menjelang musim perayaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata, program tersebut merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama Kaban Mart Saratok bagi meringankan beban kos sara hidup masyarakat setempat.

Menurut beliau, pelaksanaan program itu memberi peluang kepada pengguna membeli pelbagai barangan keperluan harian pada harga lebih rendah berbanding pasaran sempena sambutan Hari Gawai yang bakal tiba.

“Ini adalah satu usaha yang baik untuk meringankan beban rakyat khususnya pada musim perayaan terutamanya Hari Gawai yang bakal menjelang tiba,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Jualan Rahmah MADANI sempena Hari Gawai 2026 bagi DUN Krian di Dewan Rumah Dayak Saratok, pagi tadi.

Friday berkata, program berkenaan bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna, malah turut membantu pasar raya dan premis perniagaan yang mengambil bahagian melalui peningkatan jualan, terutama menjelang musim perayaan apabila permintaan terhadap barangan keperluan meningkat.

Katanya, kerjasama antara kerajaan dan sektor perniagaan perlu terus diperkukuhkan bagi memastikan lebih ramai rakyat dapat menikmati manfaat daripada program berorientasikan kebajikan seperti Jualan Rahmah.

Sehubungan itu, beliau berharap lebih banyak pemain industri termasuk pasar raya besar dan pasar raya tempatan tampil berganding bahu dengan KPDN untuk menjayakan program berkenaan pada masa hadapan.

Program Jualan Rahmah MADANI yang dilaksanakan KPDN itu turut mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat luar bandar yang hadir untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan asas pada harga istimewa.

Antara barangan yang ditawarkan termasuk gula, minyak masak, telur, serta pelbagai keperluan harian lain yang dijual pada harga lebih rendah berbanding pasaran semasa.

Friday berkata, inisiatif tersebut kini menjadi pilihan utama rakyat untuk mendapatkan bekalan makanan asas pada harga mampu milik sekali gus membantu meningkatkan penjimatan perbelanjaan harian keluarga.

“Harga yang ditawarkan sangat murah berbanding harga di pasaran dan program ini diadakan di kawasan kampung-kampung yang memudahkan penduduk untuk datang membeli,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Enam ekor lembu korban sumbangan DUN Simanggang sempena Aidiladha
Next: Pembangunan infrastruktur dan kemudahan pendidikan di DUN Kabong terus diambil perhatian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.