Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jualan Rahmah MADANI antara pengisian Festival Maal Hijrah 1447 Sarawak
  • SEMASA

Jualan Rahmah MADANI antara pengisian Festival Maal Hijrah 1447 Sarawak

Utusan Sarawak 7 hours ago
KETUA Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) Datuk Abang Wahab Abang Julai (depan empat, kanan) bergambar bersama warga kakitangan LAKMNS selepas upacara penyerahan bendera rasmi kepada ketua unit perbarisan kawalan kehormatan utama bersama unit pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menaikkan bendera rasmi Festival Maal Hijrah anjuran LAKMNS di Masjid Jamek Negeri Sarawak hari ini. Foto BERNAMA

PETRA JAYA: Program Jualan Rahmah MADANI akan diadakan di pekarangan Masjid Jamek Negeri Sarawak pada 28 dan 29 Jun ini bersempena Festival Maal Hijrah 1447 peringkat Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata program jualan itu diadakan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

“(Program Jualan Rahmah MADANI) ada had (untuk pembelian) tetapi memang harga jualannya murah berbanding di pasar raya dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas upacara mengibarkan bendera Maal Hijrah 1447 sebagai simbolik pelancaran festival itu di sini hari ini.

Beliau berkata festival itu bagi memenuhi matlamat Pelan ABC 2024-2028 LAKMNS dalam mewujudkan organisasi dan persekitaran yang aman, bahagia dan ceria, dengan menggabungkan acara keagamaan dengan aktiviti sosial serta ekonomi.

Sebanyak 28 acara disenaraikan dalam Festival Maal Hijrah 1447 peringkat Sarawak bermula hari ini hingga 29 Jun yang melibatkan beberapa acara keagamaan, selain pameran ketenteraan dan badan beruniform, pemeriksaan kesihatan, pameran, jualan makanan serta acara sukan.– Bernama

Continue Reading

Previous: Pengecualian cukai jualan bagi buah-buahan tempatan kukuhkan ekonomi negara – Pakar
Next: Forum Meishan-Kuching perkukuh kerjasama digital serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.