Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jualan Rahmah Bergerak ringankan beban rakyat sempena musim perayaan
  • Tengah
  • WILAYAH

Jualan Rahmah Bergerak ringankan beban rakyat sempena musim perayaan

Utusan Sarawak 6 hours ago
 PENDUDUK setempat bergambar bersama Datuk Ding Koung Hiing. Foto Pusat Khidmat Meradong. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Program Jualan Rahmah Bergerak terus mendapat sambutan menggalakkan apabila penduduk setempat mengambil peluang membeli barangan keperluan harian pada harga lebih berpatutan sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC), sekali gus membantu meringankan beban kos sara hidup.

Program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama Majlis Daerah Meradong Julau (MDMJ) tersebut turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing bagi meninjau pelaksanaan dan menyatakan sokongan terhadap inisiatif ini.

Katanya, program ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan rakyat terus mendapat akses kepada barangan keperluan harian pada harga yang lebih berpatutan, khususnya menjelang musim perayaan.

ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing meninjau harga barang di program Jualan Rahmah Bergerak di pekarangan Dewan Masyarakat Bintangor, semalam. Foto Pusat Khidmat Meradong

“Program Jualan Rahmah Bergerak ini amat memberi manfaat kepada rakyat kerana mereka dapat membeli barangan keperluan harian pada harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran semasa.

“Inisiatif seperti ini dapat membantu meringankan beban kos sara hidup dan memudahkan rakyat membuat persiapan menyambut perayaan dengan lebih teratur,” katanya ketika ditemui media di pekarangan Dewan Masyarakat Bintangor, semalam.

Program tersebut menawarkan pelbagai barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung, ayam, telur dan barangan keperluan lain pada harga lebih rendah berbanding pasaran semasa.

Beliau turut meluangkan masa beramah mesra dengan para pengunjung serta peniaga yang terlibat bagi melihat sendiri sambutan dan pelaksanaan program ini.

ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing meninjau harga barang di program Jualan Rahmah Bergerak di pekarangan Dewan Masyarakat Bintangor, semalam. Foto Pusat Khidmat Meradong.

Koung Hiing turut merakamkan penghargaan kepada pihak KPDN, MDMJ dan semua agensi yang terlibat atas kerjasama dalam menjayakan program tersebut demi manfaat masyarakat setempat.

“Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan secara berkala supaya lebih ramai penduduk, khususnya di kawasan DUN Meradong, dapat menikmati manfaat yang disediakan,” katanya.

Penduduk yang hadir turut melahirkan rasa syukur atas penganjuran program tersebut yang membantu mereka menjimatkan perbelanjaan serta membuat persiapan menyambut TBC dalam suasana lebih tenang dan ceria.

Turut hadir, Pegawai KPDN Sarikei, Zakri dan Setiausaha Majlis Daerah Meradong Julau, Lau Chi Sing.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Empat ditahan dalam serbuan judi holo dan sabung ayam di Selangau
Next: 13 projek RTP 2026 perkasa infrastruktur dan kemudahan awam di Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.