Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jualan Murah Keluarga Malaysia Mukah dapat sambutan
  • TEMPATAN

Jualan Murah Keluarga Malaysia Mukah dapat sambutan

Utusan Sarawak 3 years ago

AMAT MENGGALAKKAN… Keadaan Program PJKM di pasar raya tersebut baru-baru ini.

MUKAH: Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM)  yang diadakan di sini baru-baru ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk tempatan.

Jualan sehari  itu berlangsung di ruang niaga premis 101 Superman Speedmart Sdn Bhd pada 20 Ogos dari 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Ia adalah anjuran Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Cawangan Mukah (KPDNHEP Mukah) dengan kerjasama agensi-agensi dari Majlis Daerah Dalat Mukah(MDDM) dan Jabatan Penerangan Malaysia Mukah (JAPEN) serta rakan strategik 101 Superman.

Menurut Ketua Cawangan KPDNHEP Mukah, Salihin Den, daripada maklum balas kebanyakan meminta program itu akan terus dilaksanakan secara berkala.

“Sambutan pengguna dan peniaga di lokasi PJMKM di Mukah amat menggalakkan di mana peluang untuk berjimat membeli barang  keperluan harian pada harga murah sehingga 20 peratus lebih murah dari harga  pasaran dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk setempat. Ia diakui sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan kos sara hidup rakyat dalam situasi sekarang ini,” ujarnya.

Justeru, beliau menggalakkan orang ramai di kawasan Mukah untuk merebut peluang ini dalam merancang pembelian keperluan rumah dan seterusnya berjimat dari tawaran yang diberikan.

Pada masa sama, Salihin  turut mengingatkan kepada semua peniaga agar sentiasa beretika  mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan.

“Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Mukah akan terus melaksanakan pemantauan dan pemeriksaaan bagi memastikan bekalan sentiasa stabil dan mencukupi untuk memenuhi keperluan orang ramai dari semua lapisan rakyat. Untuk sebarang pertanyaan lanjut dan aduan, orang ramai boleh menyalurkan ke talian WhatsApp di 019-279 4317, aplikasi ez-Adu, e-mel ke e-aduan@kpdnhep.gov.my atau hadir sendiri ke Pejabat ini,” tambah Salihin lagi.

PJMKM menawarkan pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian dengan harga berpatutan yang lebih murah antaranya ayam, telur, ikan, minyak masak, gula,tepung, beras, dan barangan keperluan rumah terpilih.

Continue Reading

Previous: Saiz ekonomi Sarawak akan berganda
Next: Sistem parit tebatan banjir dijangka siap Disember nanti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.