Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jualan lemang cecah 1,000 batang sehari menjelang Aidilfitri
  • Utara
  • WILAYAH

Jualan lemang cecah 1,000 batang sehari menjelang Aidilfitri

Utusan Sarawak 5 hours ago
PERMINTAAN Tinggi menjelang Aidilfitri menyaksikan gerai lemang ini dikunjungi pelanggan tanpa henti di Miri.

MIRI: Permintaan tinggi terhadap lemang menjelang sambutan Aidilfitri menyaksikan seorang penjual tempatan mampu menjual sehingga 1,000 batang lemang sehari.

Penjual lemang dikenali sebagai Bujang Lemang berkata, peningkatan tempahan beberapa hari sebelum perayaan Hari Raya.

Menurutnya, setiap batang lemang dijual pada harga RM15 dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan tetap serta pembeli baharu.

“Alhamdulillah, setiap hari boleh jual sehingga 1,000 batang lemang. Permintaan memang tinggi, terutama bila hampir raya,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak gerainya di Kampung Lereng Bukit di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Sarawak mendapati gerainya dikunjungi orang ramai yang mengambil peluang membeli lemang sebagai hidangan wajib pada pagi raya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Kerjasama ibu bapa, guru kunci kecemerlangan pendidikan di Sri Aman
Next: 1,554 karton air minuman disalur kepada penduduk terjejas di DUN Lingga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.