Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jualan kereta di Indonesia dijangka melebihi 800,000 unit pada 2025
  • GLOBAL

Jualan kereta di Indonesia dijangka melebihi 800,000 unit pada 2025

Utusan Sarawak 1 day ago

JAKARTA: Persatuan Industri Automotif Indonesia (GAIKINDO) menjangkakan jualan kereta di negara itu akan melepasi 800,000 unit tahun ini, menurut Pengerusinya, Yohannes Nangoi pada Jumaat, lapor Xinhua.

Berucap pada Pameran Auto Antarabangsa Indonesia anjuran GAIKINDO, Nangoi mengakui bahawa pasaran jualan domestik masih berdepan cabaran. Namun beliau tetap optimis bahawa penurunan tahun ini tidak akan seteruk tahun lalu.

“Jualan dalam negara menurun. Tetapi saya masih berharap dapat mencapai 800,000 unit,” katanya.

Menurut data GAIKINDO, jumlah pengedaran kereta secara borong – iaitu kenderaan baharu yang dihantar dari kilang ke pengedar – telah mencapai 374,740 unit bagi separuh pertama tahun ini.

Walaupun permintaan tempatan perlahan, Nangoi menegaskan bahawa industri automotif kekal berdaya tahan, dengan pertumbuhan eksport memainkan peranan yang semakin penting dalam menyokong sektor itu sepanjang tahun ini.

Beliau menambah bahawa sokongan dasar berterusan, rangsangan kerajaan dan usaha meneroka pasaran baharu dijangka dapat meningkatkan daya saing kenderaan buatan Indonesia.

“Dalam perniagaan, turun naik adalah lumrah. Tetapi kami percaya industri ini mempunyai kekuatan untuk menghadapi masa sukar dan akan bangkit dengan lebih kukuh,” katanya.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Undang-undang tentera diisytihar di sempadan timur Thailand
Next: Kotak hitam pesawat Antonov-24 Angara Airlines, ditemukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.