Jualan bunga laris menjelang All Souls Day

Facebook
WhatsApp
Penjual bunga yang hanya dikenali sebagai Kiu berkata mereka menjual pelbagai jenis bunga segar yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan mereka. Harga bunga yang dijual di sini dari serendah RM3 sehingga lebih daripada RM200.

MUKAH: Penjualan bunga segar laris seperti  pisang goreng semenjak beberapa hari lalu dan keadaan tersebut lebih terserlah semalam sempena All Souls Day yang akan disambut Rabu ini.

Menurut penjual bunga yang hanya dikenali sebagai Kiu, mereka menjual pelbagai jenis bunga segar yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan mereka.

“Harga bunga yang dijual di sini dari  harga serendah RM3 sehingga lebih daripada RM200,” ujarnya ketika ditemui dipremis mereka pada pagi Isnin.

All Souls Daya merupakan salah satu perayaan agama yang penting dalam kalendar  Kristian terutama  Katolik.

Bunga-bunga tersebut akan diletakkan di pusara ahli-ahli keluarga yang meninggal .  Senario yang cukup istimewa ialah mereka yang membeli bunga itu bukan dalam kalangan orang Kristian sahaja,  malah dari agama lain, terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga mahupun sahabat handai  beragama Kristian yang telah meninggal.