Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • JTS tidak pernah lantik pihak ketiga urus permohonan lot tanah
  • SEMASA

JTS tidak pernah lantik pihak ketiga urus permohonan lot tanah

Utusan Sarawak 4 months ago

KUCHING: Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) baru-baru ini mengesan aktiviti penawaran perkhidmatan permohonan lot tanah yang dijalankan oleh individu tertentu melalui platform media sosial. 

Menurut satu kenyataan, JTS berjaya mengesan aktiviti tersebut, kelmarin. 

“JTS tidak pernah melantik mana-mana individu, agen, atau pihak ketiga untuk menguruskan permohonan lot tanah.

“Sebarang permohonan lot tanah bagi tujuan kediaman hanya boleh dilakukan melalui platform rasmi atas talian, e-LASIS, dan tidak menggunakan borang manual. 

“Untuk permohonan tanah bagi tujuan lain, JTS menyediakan borang yang boleh dimuat turun secara percuma melalui laman sesawang rasmi jabatan,” katanya. 

Dalam pada itu, JTS menasihatkan orang ramai untuk berurusan terus dengan pejabat tanah dan survei yang berdekatan bagi sebarang permohonan berkaitan lot tanah kediaman atau kegunaan lain.

Tambah JTS, jika terdapat aktiviti yang menawarkan perkhidmatan seperti ini, orang ramai disarankan untuk menghubungi Pejabat Tanah dan Survei yang berdekatan atau email rasmi jabatan di landsurvey@sarawak.gov.my.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 diagih mulai 13 Januari ini   
Next: Kenaikan bantuan kewangan bulanan kurangi beban rakyat  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.