Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JTS Sri Aman salur RM50,000 bantu komuniti Melugu
  • WILAYAH

JTS Sri Aman salur RM50,000 bantu komuniti Melugu

Utusan Sarawak 7 hours ago
MAJLIS penyerahan sumbangan itu diadakan di Dewan Terbuka SK Melugu, semalam dan disempurnakan oleh Datuk Mong Dagang. Foto JTS Sri Aman

SRI AMAN: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Sri Aman menyalurkan sumbangan berjumlah RM50,000 kepada empat penerima di kawasan Melugu sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) jabatan berkenaan.

Majlis penyerahan sumbangan itu diadakan di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Melugu, semalam, dan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang.

Penerima sumbangan tersebut ialah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) Kampung Melugu Quarry A, JKK Kampung Melugu Tengah, SK Melugu, dan Saint John Chapel, Melugu.

Daripada jumlah keseluruhan RM50,000 itu, sebanyak RM10,000 disalurkan kepada JKK Kampung Melugu Quarry A, RM10,000 kepada JKK Kampung Melugu Tengah, RM20,000 kepada SK Melugu, manakala RM10,000 diserahkan kepada Saint John Chapel, Melugu.

Menurut Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Sri Aman, Michealson Nyisin berkata inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha jabatan untuk memberi kembali kepada masyarakat setempat melalui program CSR yang menumpukan kepada pembangunan infrastruktur, pemulihan kemudahan awam serta sokongan terhadap pendidikan.

“JTS sentiasa komited membantu komuniti luar bandar melalui sumbangan dan projek kecil yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan penduduk,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Turut hadir Guru Besar SK Melugu, Louis Aom, Pengerusi Majlis Daerah Sri Aman, Kaunselor Anthony Abell, dan Temenggung Leonard Libau yang turut menyaksikan penyerahan sumbangan tersebut.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Isu parkir awam di Bintulu perlu tindakan segera
Next: Tiga projek bekalan elektrik di DUN Krian legakan penduduk rumah panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.