Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JTS perkasa kompetensi 300 warga kumpulan pelaksana menerusi Program Level Up
  • TEMPATAN

JTS perkasa kompetensi 300 warga kumpulan pelaksana menerusi Program Level Up

Utusan Sarawak 14 hours ago
PENGARAH Tanah dan Survei, Datu Awang Zamhari Awang Mahmood menyampaikan amanat kepada 300 peserta Program Level Up: Memperkasa Nadi Perkhidmatan di Kuching.

KUCHING: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) terus memperkukuh pembangunan modal insan apabila seramai 300 warga Kumpulan Pelaksana menyertai Program Level Up: Memperkasa Nadi Perkhidmatan yang berlangsung selama dua hari di sebuah hotel di sini.

Pengarah Tanah dan Survei, Datu Awang Zamhari Awang Mahmood berkata, program yang memasuki penganjuran tahun kedua itu bukan sekadar memenuhi keperluan latihan tahunan, sebaliknya merupakan pelaburan strategik jabatan dalam membangunkan modal insan sebagai aset paling bernilai.

PESERTA Program Level Up: Memperkasa Nadi Perkhidmatan menyertai aktiviti pembinaan pasukan yang memberi penekanan kepada aspek kepimpinan, komunikasi dan kerjasama dalam usaha memperkukuh kompetensi serta semangat berpasukan warga Jabatan Tanah dan Survei (JTS).

Beliau berkata, setiap warga jabatan tanpa mengira jawatan memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran operasi dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, malah kumpulan pelaksana merupakan nadi yang menggerakkan keseluruhan ekosistem JTS.

“Jangan sesekali menganggap tugas yang dilaksanakan adalah kecil. Sama ada bertugas di kaunter, di lapangan, mengurus fail, memandu kenderaan, membantu operasi atau menyokong pentadbiran, semuanya memainkan peranan signifikan dalam memastikan sistem penyampaian jabatan berjalan dengan cekap, berintegriti dan berkesan,” katanya ketika menyampaikan amanat pada program tersebut.

PESERTA Program Level Up: Memperkasa Nadi Perkhidmatan berganding bahu dalam aktiviti pembinaan pasukan sebagai usaha memperkukuh kompetensi, komunikasi, kepimpinan dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga Jabatan Tanah dan Survei (JTS).

Menurut beliau, landskap perkhidmatan awam yang semakin mencabar menuntut setiap warga kerja sentiasa meningkatkan kompetensi, menguasai teknologi dan mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi selaras dengan aspirasi 3R Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak iaitu Revisit, Rethink dan Recharge. (Menilai Semula, Berfikir Semula dan Menyegarkan Semula)

Sepanjang program, peserta mengikuti pelbagai pengisian termasuk pembinaan pasukan, ceramah integriti, taklimat kemudahan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak serta ceramah kesihatan jantung bagi melahirkan warga kerja yang kompeten, berintegriti dan berdaya tahan.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: 53 tukun tiruan di Sematan, Igan perkukuh ekosistem Marin Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.