Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • JTS, MUDeNR perkukuh kerjasama dengan MIP martabat profesion perancang bandar
  • NASIONAL

JTS, MUDeNR perkukuh kerjasama dengan MIP martabat profesion perancang bandar

Utusan Sarawak 2 hours ago
DELEGASI Jabatan Tanah dan Survei (JTS) bersama Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR) mengadakan sesi perbincangan dengan kepimpinan Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan profesion perancang bandar dan desa.

KUALA LUMPUR: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) bersama Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR) memperkukuh kerjasama strategik dengan Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) bagi meningkatkan profesionalisme serta kompetensi pegawai perancang bandar dan desa di Sarawak.

Menurut kenyataan JTS, delegasi JTS diketuai Penolong Pengarah Perancangan, Mohammad Zunica Mohamad Sapiee, manakala MUDeNR diwakili Timbalan Setiausaha Tetap, Wan Sufian Wan Mustapha dan Ketua Bahagian Perancangan Bandar dan Desa, Sri Ratna Dewi Junaidi Sepawi.

DELEGASI JTS, MUDeNR dan Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) merakamkan gambar kenangan selepas kunjungan hormat di ibu pejabat MIP di Kuala Lumpur.

Katanya kunjungan hormat ke ibu pejabat MIP itu bertujuan merangka kerjasama lebih proaktif antara agensi kerajaan Sarawak dan badan profesional tersebut, termasuk meningkatkan keahlian korporat MIP dalam kalangan pegawai perancang bandar dan desa bagi memperkukuh kompetensi teknikal selaras dengan standard profesional kebangsaan.

“Selain itu, delegasi Sarawak turut membincangkan usaha memperluaskan akses kepada program latihan, kursus pemantapan profesional serta pengiktirafan kepakaran bagi pegawai perancang di negeri ini di bawah bimbingan MIP.

TIMBALAN Setiausaha Tetap MUDeNR, Wan Sufian Wan Mustapha (dua kanan) menyampaikan cenderamata kepada Presiden Pertubuhan Perancang Malaysia, Hajah Mazrina Abdul Khalid sebagai simbolik kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

“Delegasi Sarawak disambut Presiden MIP, Mazrina Abdul Khalid bersama barisan kepimpinan tertinggi pertubuhan itu. 

“Kerjasama tersebut dijangka menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan perancangan bandar dan desa di Sarawak, sekali gus menyokong agenda pembangunan negeri yang mampan dan terancang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Continue Reading

Previous: Malaysia kekal pendirian terhadap Jho Low, tidak terpengaruh keputusan AS – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.