
LIMBANG: Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, telah mempengerusikan Mesyuarat Akhir Tahun Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Limbang (JTPIL) Tahun 2025 di Pejabat Agama Islam Bahagian Limbang.
Katanya, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota serta Penasihat JTPIL, agenda utama mesyuarat ialah membentangkan laporan aktiviti dan program JTPIL sepanjang 2025, laporan kewangan, cadangan takwim 2026 serta perbincangan keperluan peruntukan berkaitan.

Dr Abdul Rahman turut berharap kalendar aktiviti dan program tahun hadapan dapat dibentangkan kepada Pejabat Residen supaya dapat diselaraskan dengan program lain anjuran pelbagai pihak.
Ini bagi memastikan setiap program tidak berlaku pertindihan yang boleh menjejaskan sambutan daripada golongan sasar.
Hadir sama Pegawai Daerah Limbang yang juga Pengerusi JTPIL Sulaiman Engal, Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Bahagian Limbang merangkap Setiausaha JTPIL Abdul Rahman Iqbal Aldi dan Ketua Bomba Zon 7 JBPM Sarawak Ramlan Marajan.
Oleh Adeng Edrus