Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • JTK Sarawak tingkat kesedaran majikan, pekerja di Lawas
  • SEMASA

JTK Sarawak tingkat kesedaran majikan, pekerja di Lawas

Utusan Sarawak 19 hours ago
MISI BERJAYA… Jelajah JTK seluruh Sarawak bermula 30 Jun daripada Kuching berakhir di Lawas 5 Julai.

LAWAS: Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak melalui Program Banteras Buruh Paksa, Lindungi Pekerja sempena Program Tenaga Kerja Turun Ke Luar Bandar 6.0 berjaya menyemarakkan kesedaran majikan tentang tanggungjawab mereka dan hak pekerja itu sendiri.

Siri jelajah meliputi beberapa daerah dan bahagian di Sarawak bermula daripada Kuching pada 30 Jun lalu dan berakhir di Lawas pada 5 Julai ini merupakan pendekatan turun padang JTK Sarawak untuk mendekati golongan sasar agar segala maklumat berhubung isu buruh dapat diperjelaskan.

Pengarah JTK Sarawak Awang Raduan Awang Omar melahirkan kesyukuran atas kejayaan program berkenaan yang mampu mengakses kawasan luar bandar untuk berkongsi berbagai informasi berhubung isu buruh.

KONGSI ILMU… Awang Raduan dan pegawai kanan JTK Sarawak merakam kenangan sebaik program jelajah JTK berakhir di Lawas.

“Sejumlah 729 kes buruh telah diterima dan dikendalikan oleh pejabat tenaga kerja diseluruh Sarawak. Sepanjang tempoh Januari hingga Mei 2025, JTK Sarawak telah menawarkan 563 kompaun dengan nilai RM876,000.000.

Jumlah pampasan pekerja yang direkodkan dari Januari hingga Mei adalah RM31, 475,212.52. Program Banteras Buruh Paksa, Lindungi Pekerja pada hari ini diadakan dengan objektif untuk memberi kesedaran kepada orang awam berkenaan isu buruh paksa dan indikator yang berkaitan.

“Kerajaan Malaysia merupakan antara negara anggota Pertubuhan Buruh Antarabangsa (International Labour Organisation) yang terkini mendepositkan ratifikasi Protokol 29 berhubung buruh paksa dalam usaha untuk menangani dan menghapuskan buruh paksa di negara ini.

“Pelbagai usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan selama ini telah membuahkan hasil yang mana ia berjaya membentuk dan memupuk pihak majikan dan pekerja di negara ini supaya peka dengan undang-undang pertubuhan negara.

“Ia secara tidak langsung akan mentransformasikan persekitaran tempat kerja menjadi lebih kondusif dan harmoni,” katanya pada program banteras buruh paksa, lindungi pekerja di sebuah hotel terkemuka di Lawas hari ini.

Beliau turut memohon masyarakat pekerja dan bakal pekerja untuk sama-sama bekerjasama dengan JTK Sarawak membenteras kegiatan buruh paksa, pemerdagangan orang dan pencabulan hak pekerja di seluruh Sarawak.

“Saya mohon sekiranya anda mendapati bahawa majikan anda telah menjalankan aktiviti buruh paksa atau pemerdagangan orang, laporkan segera kepada pihak Jabatan Tenaga Kerja Sarawak atau mana-mana Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan dengan tuan dan puan,” katanya.

Oleh Adeng Edrus

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Dato Wee Hong Seng kongsi pendekatan MBKS di Vienna
Next: Forum Antarabangsa kukuhkan aspirasi Kuching, Bandaraya Keamanan Antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.